Followers

Thursday, August 22, 2019

Poster using ILLUSTRATOR

Hai, assalamualaikum.
Saya nak share software yang orang selalu dengar untuk edit poster. Nama software ni ialah ILLUSTRATOR. Software ni lebih kurang jek macam Photoshop.

Ok jom kita mula!

Steps:

  1. Pergi dekat File kemudian tekan New
  2. Custom size design korang punya poster (dekat sini boleh letak korang nak size A4 ke A3 ke apa ke
  3. Kemudian copy gambar korang dan paste masuk dekat background tadi
  4. Masukkan shape dekat gambar korang tu untuk tengok size dia. Kalau tak nak pun tape
  5. Adjust tone warna gambar korang tu bagi cantik dan menarik
  6. Masukkan fonts yang korang nak
  7. Adjust apa yang patut, nak ketepi ke ketengah ke apa ke. Okay je
  8. Dah siap adjust semua. Dah boleh save
Okay, ini serba sedikit cara nak buat poster yang simple & mudah. Kalau nak lagi cantik boleh adjust mengikut kreativiti sendiri okay!

Dekat siniada beberapa video untuk dijadikan rujukan. TQ


How to create poster using photoshop

Hai, assalamualaikum. Saya nak share software yang paling familiar yang selalu digunakan oleh semua orang untuk edit Poster ataupun Banner.

Software ni korang selalu dengar dan selalu gunakannya. Nama software tu ialah photoshop. Macam yang kita tahu, photoshop ni boleh digunakan di handphone nak juga pc tetapi hari ni saya nak tunjukkan photoshop yang digunakan di pc.

Ok, jom kita mula!

Steps:

  1. Pergi dekat FILE kemudian tekan NEW (sambil custom size dia)
  2. Kemudian dia akan terus keluar background yang korang dah buat tadi
  3. Adjust background korang tu jadi blur kemudian adjust warna warna yang korang nak untuk menampakkan lagi menarik
  4. Masukkan gambar yang korang nak (pastikan gambar yang nak dimasukkan tu di edit terlebih dahulu)
  5. Masukkan fonts yang korang nak (Adjust sekali nak letak dekat mana)
  6. Lepas dah siap boleh terus save
Ini simple tutorial yang digunakan untuk membuat simple poster. Kalau nak lebih menarik boleh cuba tengok video dekat bawah ni.


How to edit banner & poster using pixel lab in handphone

Hai assalamualaikum.
Hari ni saya nak share apps yang boleh digunakan untuk edit banner atau poster tapi hanya menggunakan handphone.

Apps ni mungkin korang macam tak pernah dengar kot. Tapi dia boleh digunakan. Untuk pengguna Iphone saya tak pasti ada ke tak apps ni tetapi untuk mengguna Android memang ada!

Okay jom kita strat apa yang patut kita buat

Steps:

  1. Pilih jenis background yang korang nak (Background tu dia siap sekali dengan tulisan, nanti boleh delete je
  2. Custom size banner korang
  3. Lepas tu tekan TAMBAH dekat belah atas tu.
  4. Kemudian masukkan shapes dan adjust
  5. Tekan rotate 
  6. Then adjust apa yang korang nak (Cth nak letak dekat mana)
  7. Kemudian masukkan gambar yang korang nak 
  8. Masukkan fonts
  9. Dah siap semua dah boleh save!
*Ini simple punya banner ok ~
*kalau nak lebih menarik boleh tambah tambah lagi. Hehe tq

*Dekat bawah ni video untuk siapa yang nak banner tu lg gempak. Semoga membantu.


How to edit poster using canva in handphone

Hai assalamualaikum. Hari ni saya nak share apps yang boleh digunakan untuk membuat banner & juga poster. Apps tu korang mesti dah selalu dengar dan dah biasa guna.

Nama apps tu ialah CANVAMacam yang kita tahu canva ni dia sejenis apps yang sangat familiar yang digunakan oleh semua orang untuk edit gambar. Selain itu juga apps ni juga boleh digunakan untuk edit poster tak pun banner.

Canva ni juga antara apps yang boleh digunakan di pc dan juga handphone.

Kita nak cerita tentang canva yang digunakan di handphone untuk edit poster

Steps:

  1. Pilih template yang korang nak (Saya suka jenis yang blank template)
  2. Masukkan gambar yang korang nak
  3. Masukkan teks yang korang nak. Boleh pilih terus dekat situ atau masukkan ayat korang sendiri (Adjust warna semua tu berdasarkan kreativiti sendiri)
  4. Adjust susunan korang (nak letak dekat atas ke bawah ke boleh je. Janji nampak cantik)
  5. Bila semua dah siap dikemaskan. Dah boleh save dan siap!
Canva ni antara apps yang paling senang untuk digunakan. Sebab dia semua pun FREE

Dekat bawah ni ada video boleh tengok untuk lebih jelas. Tq
(Maaf video dalam bahasa indonesia)


How to edit poster using picsart in handphone

Hai assalamualaikum. Hari ni saya nak share apps yang boleh digunakan untuk membuat banner & juga poster. Apps tu korang mesti dah selalu dengar dan dah biasa guna.

Nama apps tu ialah PICSART. Macam yang kita tahu picsart ni dia sejenis apps yang sangat familiar yang digunakan oleh semua orang untuk edit gambar. Selain itu juga apps ni juga boleh digunakan untuk edit poster tak pun banner.

Picsart ni boleh digunakan untuk mana mana handphone. Tak kesah iphone atau pun android. Apps ni juga dia ada yang free dan juga berbayar. Untuk yang macam kita ni ambil yang FREE jeler. HAHAHA

Ok, first step yang korang perlu tahu. Picsart ni dia memerlukan account gmail. Sebelum nak guna apps ni korang kena log in dulu.  Ni contoh apps tu.


  1. Log in account gmail
  2. Tekan button tambah dekat picsart
  3. Pilih edit & pilih background (Terpulang nak ambil yang warna tapi WARNA HITAM LEBIH MENARIK)
  4. Kemudian pilih TEXT & pilih FONTS (terpulang dekat korang nak yang macam mana) *ini boleh adjust sendiri
  5.  Save gambar dekat dalam gallery
  6. Kemudian pilih gambar yang korang nak masukkan dekat dalam poster tu
  7. Tekan TOOL kemudian CROP
  8. Tekan DRAW (Adjust layer)
  9. Tekan ADD PHOTO kemudian masukkan gambar yang kita edit tadi (gambar yang disave tadi)
  10. Kemudian padankan selepas itu adjust apa yang patut cth dari segi warna semua
  11. Lepas dah siap adjust semua, ok dah siap


Dekat bawah ni ada video, mungkin boleh membantu.




Monday, August 19, 2019

Myself 😊

Hai assalamualaikum. Hari ni saya nak ajar korang semua macam mana nak buat video yang macam saya buat ni. Video ni korang boleh guna juga masa nak buat resume untuk menampak kan video tu menarik. Kalau tak nak buat resume korang boleh buat video travel.

Ini cara saya yang diajar oleh pensyarah saya, Miss Akasyah.
Jom kita mula!

First sekali korang tekan link ni https://app.biteable.com/videos


Ok bila dah keluar macam yang dekat atas tu korang tekan jek yang gambar google tu. Sebab senang nanti dia akan terus connect dengan account google kita. Lepas dah masukkan account gmail. Korang dah boleh buat video korang. Tekan CREATE A NEW VIDEO


Kemudian dia akan keluar macam ni. Korang boleh pilih dekat promote tu nak buat apa. Dekat situ ada banyak. Kemudian dah siap pilih korang tekan FIND A TEMPLATE. Lepas tu dia akan keluar template macam dekat bawah tu. Korang boleh pilih nak yang mana. Kemudian tekan EDIT THIS VIDEO



Lepas dia akan keluar macam ni pula. Dekat sini korang semua boleh adjust apa yang korang nak. Contoh nak berapa duration semua tu. Lepas dah settle semua ni. Korang tekan PREVIEW



Lepas tu dia akan keluar macam ni pula. Korang tekan je BUILD MY PREVIEW


Ok, lepas dah tekan tu dia akan prosess video korang dalam beberapa minit. Ni bergantung pada korang punya video tu ada berapa scene.Kalau banyak, maknanya lama la juga (boleh la g minum kopi dulu) hahaha



Ok, lepas dah siap video korang diprosess.Korang tekan PUBLISH THIS VIDEO



Lepas dah publish tu. Video korang pun dah siap. Tapi belum save lagi! kalau korang macam nak save video ni. Korang tekan jek dekat yang ada gambar YOUTUABE tu. Lepas tu masukkan account gmail korang macam biasa. Then dia akan terus connect kan dekat youtube. Lepas tu buka youtube, Tekan dekat YOUR CHANNEL



Lepas dah siap tekan your channel, dia akan keluar video korang yang dah diupload tadi.Contoh macam saya punya ni.

Korang click video yang korang dah upload tadi.


Lepas tu dia akan keluar video korang tu. Korang gantikan WWW. tu dengan SS
Make sure sekali dengan titik www tu okay! (jangan lupa)

Nanti dia akan keluar macam ni. Tengok tu, ss ok.




Ok lepas dah gantikan www. tu dengan ss . Dia akan keluar macam ni pula. Korang tekan je DOWNLOAD. Kemudian dia akan automatik download video korang tu. Ok dah siap!




Semoga membantu serba sedikit. Sambil-sambil tu boleh lah tengok video saya dekat youtube (saja promote) https://www.youtube.com/watch?v=oXU6wkTPU-U

Thank you uoalss! Much love

Sunday, August 18, 2019

Eid al-Adha with us!



Assalamualaikum. Saya dan rakan merupakan pelajar jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan Semester 4. Pada hari raya korban ini kami ditugaskan oleh Miss Nor Akashah untuk merakamkan pengalaman bagaimana cara orang menyembelih lembu ketika hari raya korban.

Jadi disini, saya nak menceritakan serba sedikit pengalaman saya bersama rakan pada hari raya korban. Ini dikira kali pertama saya melihat sendiri bagaimana caranya untuk menyembelih lembu. Pada mulanya saya dan rakan berasa agak takut tetapi ini lah pengalaman yang kami sendiri tidak dapat lupakan.

Disini saya ada selitkan serba sedikit video saya bersama rakan bagaimana reaksi kami ketika melihat lembu disembelih.

Semoga hari raya korban yang akan datang saya dapat merasai lagi pengalaman ini. Thank you.

Thursday, August 1, 2019

A simple tutorial

Hai semua. Hari ni saya nak kongsi beberapa perkara yang saya buat untuk cantikkan lagi blog. Semoga membantu korang serba sedikit.

First sekali saya nak nak share macam mana nak masukkan lagu dekat blog korang dengan cara mudah. First korang kena taip https://soundcloud.com/ ni sampai dia keluar macam ni


Kedua korang pilih lagu apa yang korang nak. Contoh macam saya, saya pilih lagu Alan Walker - On My Way. Kemudian Click dekat lagu yang korang nak tu.


Ketiga, korang kena copy link tu then paste dekat blog korang.

Tekan dekat layout. 


Kemudian Add a gadget. Then Tekan Html/Java Script


Then apa yang korang dah copy tadi dekat sound cloud korang boleh paste dekat content. Then save. Lepas tu save arrangement. Then dah boleh view blog.



Ok lepas dah settle masukkan lagu. Semua pun dah enjoy dengar. 

Korang boleh juga masukkan link intagram korang dekat blog. Tujuan instagram ni saja ja nak nampak menarik sambil tu bolehlah orang follow. Hehehe. Contoh macam saya ni. Nanti jangan lupa click then jangan lupa 𝒇𝒐𝒍𝒍𝒐𝒘.



Ok. Lepas dah seronok pasal instagram semua pun dah follow. Korang pun boleh juga masukan jam dekat blog korang. 

Tujuan dia untuk memudahkan korang tengok berapa lama dah duduk dekat blog tu. At least tadek lah korang susah-2 nak buka handphone atau tengok dekat jam tangan korang. Kan mudah! Lagi pun 𝒎𝒂𝒔𝒂 𝒊𝒕𝒖 𝒌𝒂𝒏 𝒆𝒎𝒂𝒔. Contoh macam dekat blog saya ni, siap ada hari apa lagi. Menarik bukan?


Selepas dah settle pasal jam semua tu. Korang juga boleh tambahkan kotak untuk korang chat dengan kawan kawan. Kotak chat tu nama dia "cbox" tujuan dia untuk kawan kawan korang tinggalkan apa apa pesanan untuk korang.

Contoh macam saya punya ni. Kawan saya tinggalkan pesanan untuk saya sambil-2 tu boleh la borak sikit. Tadek lah rasa bosan sangat.


Ok. Korang mesti tertanya-2 kan? Block ni boleh follow ke? Jawapan dia YES! Mesti lah boleh follow. Takkan tak boleh. Hahaha. Okay cara nak buat blog korang tu boleh follow. Mudah jek. First sekali, korang pergi dekat Dashboard, kemudian tekan Layout


Kemudian tekan Add a Gadget. Then tekan Followers


Then dia akan keluar macam ni. Korang tulis Tittle, kemudian tick use theme tu. Then save!

Lepas tu view blog korang. Then dah ada button follow tu lpeas tu, siapa yang followr korang, dia akan keluar dekat followers tu! hehehe. Settle.

Tujuan follower ni ialah untuk menambahkan rakan korang. Sambil tu korang boleh jumpa dan kenal dengan orang baru. Setiap kali ada yang datang melawat korang, diorang boleh follow.


Semoga membantu! Take care, guys! Have a nice day guys!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUNTING TERRESTRIAL PMKU2019

Hai assalamualaikum, I would like to share about what i am doing in VIS class. I make a bunting with my friends, Ain Afiqah  (You can follow...